• Skip to content
  • Skip to main navigation
  • Skip to 1st column
  • Skip to 2nd column

Ahlus Syifa' - Rawatan Penyembuhan Islam

  • Utama
  • Katalog
  • Kaedah Ahlus Syifa'
    • Pengenalan
    • Peri Penting Amalan Semasa Sakit
    • Amalan dan Kaedah Semasa Sakit
  • Panduan
    • Penyakit Darah Tinggi
    • Penyakit Kolesterol
    • Penyakit Kencing Manis
    • Pesakit Jantung
    • Penyakit Perut
    • Sindrom Anak Nakal
    • Penagihan Dadah
  • Forum
  • Tentang Kami
    • Pengarah Urusan
    • Profile Syarikat
You are here: Home Panduan Pesakit Jantung
Penyakit Jantung Print E-mail
Friday, 15 August 2008 13:39

Penyakit jantung, stroke atau periferal arterial merupakan penyakit amat bahaya, ia membawa maut. Di seluruh dunia, jumlah penderita penyakit ini kian bertambah. Dewasa ini, pada orang dewasa di Amerika, penyakit ini penyebab kematian yang utama. Fakta ini berdasarkan pengetahuan yang dirujuk dari sumber pengetahuan umum.

Pengenalan

PENGENALAN MENGENAI PENYAKIT JANTUNG

Seiring berubahnya pola hidup, manusia bergerak dari perlahan dan kemudian semakin deras. Manusia meninggalkan kehidupan yang lalu dan membina kehidupan yang baru. Seperti beralih dari kehidupan desa kepada kehidupan bandar. Kemudian, berubah kepada kehidupan kota melahirkan gaya hidup kurang sihat dilakukan berulang ulang. Penyakit jantung atau serangan jantung lahir dan membiak dari perubahan tersebut. Arakian, faktor faktor pemicu atau punca yang memangkinkan serangan jantung ialah tabiat merokok, mengambil makanan dari kandungan kolestrol yang tinggi, tidak aktif atau kurang bergerak, jemu atau malas berolahraga, menghadapi tahap stress yang tinggi secara konsisten dan kurang masa berehat.

Dari huraian itu, seolah menyampaikan naratif lesu masyarakat kota yang semakin menjarakkan diri mereka mendekati jiwa atau ruh kerana mengejar kebendaan dan bekejar kejaran merebut urusan hidup di dunia semata mata. Nyata, kehidupan begitu sungguh kejam atau tirani. Sehingga, kebanyakan manusia ikut terpengaruh membelakangi segenap pertimbangan ruhani.

Serangan jantung ini bukan hanya sekadar penyakit. Malah ia lebih wajar disimbolkan sebagai gejala gejala. Gejala gejala ini bagi setiap orang boleh berbeza beza. Mungkin, penyakit ini mulanya hanya rasa sakit yang tidak jelas. Sukar diungkap, seperti suatu rasa yang tidak nyaman tapi kabur atau masih samar. Jadi, perasaan tersebut diabaikan atau selalunya tidak diberi perhatian. Melainkan, jika ia berpunca dari rasa sesak di tengah dada dan terdesak menanganinya.

Huraian doa ini dari perspektif penyakit jantung :

Anda boleh memastikan samaada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang mengidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya anda mengambil langkah-langkah pencegahan walaupun tidak mempunyai keturunan yang pernah sakit jantung.

Mereka yang mempunyai kecenderungan mendapat penyakit jantung juga digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.

Senaman yang dimulakan secara beransur-ansur, akan membantu merangsang aliran darah untuk mengalir dengan lebih lancar. Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum mula bersenam, dan mulalah bersenam secara beransur-ansur.

Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan, dengan itu mengurangkan kadar berlakunya arthrosklerosis. Bagaimanapun, serat semulajadi juga banyak terdapat dalam sayuran dan buah-buahan segar dan pengambilan sayur dan buah-buahan segar juga mampu menyerap kalesterol.

Amalan & Kaedah

AMALAN DAN KAEDAH:

Amalan 1 : SENAMAN DAN PERGERAKAN KHUSUS

1. Pada waktu pagi setelah kita bangun untuk mengerjakan sembahyang di subuh yang dingin.

2. Kita keluar di luar rumah kita kita menghadap ke kiblat. Sebaiknya, kepala kita tidak di lindungi bumbung atau atap agar kepala itu langsung ke langit (untuk mencapai rahmat illahi).

3. Senaman ini niatkan sebagai ibadah bagi memulih atau menguatkan jantung kita. Kita letakkan tangan kanan ke dada kiri (jantung) kita dan berselawat.

Selawatnya:

MAKSUDNYA :
”Ya Allah. Salam Sejahtera di atas jantung Muhammad dan keatas keluarga Muhammad.”

4. Setelah itu sedut nafas baik baik dan lepaskan perlahan lahan.

5. Sebaiknya ia di lakukan pada waktu pagi dengan menghirup oksigen yang subur.

6. Kemudian di ulang sebanyak 7 kali.

7. Seterusnya, mengerjakan sembahyang di subuh bening.

 

Amalan 2 : ZIKIR YANG MUJARAB DENGAN MEMBACA SELAWAT

Membaca selawat Syifa (penyembuhan penyakit)

MAKSUDNYA :
“Ya Allah, Berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammbad SAW yang menyembuhkan hati hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan, juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.”

 

Membaca selawat Tafrijiyyah (Selawat merungkaikan kebuntuan penyakit dan masalah)

MAKSUDNYA:
“Ya Allah anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas peghulu kami Nabi Muhammad SAW yang dengan berkatnya terhurai ape yang tersimpul, terlepas dari segala kesusahan juga ditunaikan segala hajat dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya yang mulia, kerahmatan dan kerahmatan yang sempurna. Engkau anugerahkan juga YA Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagi Mu.”

 

Pemakanan

MAKANAN YANG DISYORKAN MAKAN BERDASARKAN AL QURAN DAN HADITH BAGI PENGHIDAP PENYAKIT JANTUNG

KHAL – MAKANAN KESIHATAN PARA NABI

Ini makanan kesihatan sunnah para Nabi. Penyembuh kepada penyakit yang digeruni seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kolestrol dan obesiti. KHAL ialah nama di dalam bahasa arab yang bermaksud satu bahan daripada buah buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, tin (fiq) disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu bertukar dari jus buah menjadi alkohol, menjadi yis kemudian bertukar menjadi asid asetat dan akhir menjadi KHAL. Di dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

Khasiat dan kelebihan KHAL ialah satu kenyataan yang tercatat dalam kitab kitab perubatan Islam. Catatan ini sudah lama wujud dikenali umum serta diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW sampai ke hari ini. KHAL ialah “minuman kesihatan sunnah Nabi Nabi. KHAL bukan satu penemuan baru atau kaian baru seperti setengah makanan kesihatan lain.

MADU LEBAH DAN LI KHAMSATUN

Madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu disebut di dalam Al Quran dan Hadith Nabi SAW. Terdapat satu surah khas dalam Al Quran tentang lebah iaitu Surah Al-Nahl pada ayat 68-69.

 

 

Surah Al-Nahl Ayat 68 -69
MAKSUDNYA:
“..... dari mulut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit bagi manusia.”

Li Khamsatun terdiri daripada madu lebah dan dua puluh (1-20) herba berkhasiat. Kesemua gabungan ini mempunyai dalil dalil atau nas sama ada dari Al Quran, Hadith Nabi SAW pendapat ulama perubatan Islam. Inilah satu gabungan yang sangat kuat dengan dalil dalil atau nas, InsyaAllah dapat menyembuhkan penyakit manusia. Antara 20 herba tersebut ialah hindiba, habbatus sauda’, babunaj, hulbah, zanjabil dan lain lain.

SAFFRON – MENGGURANGKAN MENGELUARKAN TOKSIK

Saffron atau Za'faran ialah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat serta terkenal kegunaannya di dalam dunia perubatan herba moden dan tradisional di Timur dan Barat. Digunakan juga sebagai bahan campuran semulajadi dalam pelbagai jenis makanan dan minuman serta di bidang kosmetik.

Kebiasaannya, za'faran ini dijadikan sebagai dakwat ditulis doa doa penyembuhan penyakit seperti doa menguatkan ingatan, hafalan, pintar, doa menghilangkan penyakit misteri seperti gangguan makhluk halus, sihir, santau dan penyakit umum dengan cara air diminum.

Li Khamsatun terdiri daripada madu lebah dan dua puluh (1-20) herba berkhasiat. Kesemua gabungan ini mempunyai dalil dalil atau nas sama ada dari Al Quran, Hadith Nabi SAW pendapat ulama perubatan Islam. Inilah satu gabungan yang sangat kuat dengan dalil dalil atau nas, InsyaAllah dapat menyembuhkan penyakit manusia. Antara 20 herba tersebut ialah hindiba, habbatus sauda’, babunaj, hulbah, zanjabil dan lain lain.

 

Kandungan

Utama
Kaedah Ahlus Syifa'
Panduan
Katalog
Forum
Tentang Kami
Peta Laman

Daftar Ahli






Lost Password?
No Account Yet? Create an account

Panduan

Darah Tinggi
Kolesterol
Kencing Manis
Pesakit Jantung
Penyakit Perut
Sindrom Anak Nakal
Penagihan Dadah

Muat Turun

Teks Panduan
Audio Bantuan
Video Panduan

 
Copyright © 2005 - 2012 Ahlus Syifa' - Rawatan Penyembuhan Islam by Perniagaan Qurba Sdn. Bhd.