You are here: Home Panduan Penagihan Dadah
Penagihan Dadah Print E-mail
Friday, 15 August 2008 13:54

PENGENALAN MENGENAI PENYAKIT PENAGIHAN DADAH

Tabiat jahat seseorang anak ada hubungan dengan masalah sakit rohani melibatkan iman. Anak yang di asuh dengan iman mendidiknya bersifat warak, zuhud dan taqwa, menghindari dan menjauhkan dirinya daripada melakukan perbuatan kejahatan.

Pengenalan

Diibaratkan seseorang yang melakukan dosa seperti jari jari tangan yang membengkok. Iaitu jari yang sudah sakit kerana tidak boleh ditegakkan lagi, menular ke ruas ruas lain, ke jari yang bersebelahan akhirnya tidak berfungsi. Begitu juga dosa, jikalau tidak ada usaha untuk bertaubat, menganggap perbuatan salah atau jahat yang telah dilakukan itu sebagai kesalahan dan berazam akan menghindarinya.

Apabila seseorang anak itu tidak diasuh dengan didikan iman, mudah bagi mereka tunduk hina di kuasai nafsu, akan terus melakukan dosa meyebabkan mereka menjadi seronok melakukannya. Biar perbuattan mereka telah mereosakkan diri mereka sendiri dan menyusahkan orang lain, kerana runtunan nafsu itu tidak berpenghujung, sehingga pelaku perbuatan itu jauh sesat dan masuk neraka.

Pernyataan Al Quran terhadap penyembuhan penyakit penagihan dadah

almaidah90
Surah Al Maidah ayat 90


MAKSUDNYA:


”Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”

Anak panah yang belum pakai bulu. orang Arab Jahiliyah menggunakan anak panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. setelah ditulis masing-masing yaitu dengan: lakukanlah, Jangan lakukan, sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Ka'bah. bila mereka hendak melakukan sesuatu Maka mereka meminta supaya juru kunci ka'bah mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah yang diambil itu. kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, Maka undian diulang sekali lagi.

Pernyataan Al Hadith mengenai penyembuhan penyakit penagihan dadah

Rasulullah SAW bersabda :

HADITH

MAKSUDNYA :
”Sesungguhnya orang mukmin itu apabila ia melakukan satu dosa, timbullah satu titik hitam dihatinya. Andainya ia bertaubat menjauhkan diri dari dosa seraya memohon keampunanmaka sucilah hatinya itu kembali. Tetapi, sekiranya ia menambah dosa bertambah hitam lah haitnya sehingga seluruhnya menjadi gelap. Itulah yang menutupi hati keadaan itu telah diterangkan oleh Allah SWT dalam kitabnya. Tidak, sekali kali, tidak sebenarnya, hati mereka telah ditutupi oleh dosa dosa yang mereka lakukan.”

Hadith dari riwayat An Nasaiy ini menjelaskan, dosa itu kotor. Selalunya, kekotoran itu diikuti dengan bau yang busuk, menjijikkan. Mereka yang tidak di buka hidayah akan terus menerus melakukan dosa biar mereka mungkin memahami balasan yang ditetapkan Allah. Mata mereka berupaya melihat balasan Allah keatas Mereka yang melakukan zina, liwat, dan mencucuk jarum dadah di punggung ataupun lengan. Akhir, mereka ini mati ketika melangkah layu di tempat persembunyian di bawah tangga atau jambatan tinggal tetapi, semua ini, masih belum membibit iktibar atau memberi keinsafan. Mereka telah ditutup hati menerima hidayah pada pendengaran dan pemandangan.

Masalah sosial melibatkan golongan remaja sering dikaitkan dengan pengaruh luaran mempersona. Pengaruh rakan sekolah. Rakan sepermainan, termpat hiburan, panggung wayang, dan sebagainya. Mereka masih tidak boleh membandingkan antara baik dan buruk sebab umur mereka mentah amat. Mereka mesti diberi pengawasan daripada ibu bapa, keluarga, guru guru. Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab.

Amalan & Kaedah

AMALAN DAN KAEDAH:

IBU BAPA MEMBUAT AMALAN SEPERTI DI BAWAH:

Niat untuk menyembuhkan anak dari menagih dadah.

Sediakan air dalam bekas dan baca kedalam air.

  1. Selawat Nabi SAW.
  2. Surah Al Fatihah.
  3. alfatihah17

  4. Ayat Kursi
  5. Ayat Taha seperti di bawah

    taha15

    Surah Taha ayat 1 – 5

    MAKSUDNYA:

    "Ta ha. Kami tidak turunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (Allah). Iaitu diturunkan kepada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah. Dia bersemayam di atas arasy."

  6. Membaca selawat Munjiyah 100 kali

    SELAWAT MUNJIYAH

    MAKSUDNYA:
    "Ya Allah, selamat sejahtera ke atas penghulu Nabi Muhammad, kesejahteraan menyelamatkan kami daripada seluruh kesukaran dan kebinasaan yang menyempurnakan dengannya semua hajat kami, juga membersihkan dengannya daripada semua kejahatan, dan mengangkatkan kami dengannya disisiMU setinggi darjat, dan membolehkan kami mencapai setinggi matlamat semua kebajikan, juga selepas mati, selawat sejahtera ke atas keluarga, sahabat dan sejahtera yang banyak dengan rahmatMu wahai Tuhan yang maha mengasihani daripada segala yang mengasihanii."

    Selepas itu, berilah minum air itu dan gunakan air itu dalam makanannya. Air biasa boleh di campur.

  7. Basuh baju anak dengan air itu tiap-tiap hari selama perlu.
  8. Baca juga Doa Pemisah seperti di bawah:

    DOA
    MAKSUDNYA:

    "Ya Allah, jauhkan diantara dia dengan kawan kawannya (yang tidak baik dan bersikap buruk), seperti mana Engkau jauhkan diantara langit dengan bumi, jauhkan di antara mereka sebagai mana Engkau jauhkan diantara Syurga dan Neraka, dan jauhkan diantara mereka sebagaimana Engkau jauhkan diantara Iman dan Kufur. Dengan rahmat Mu Ya Allah Tuhan yang Maha Pemurah, Mengasihani."

  9. Baca Amin ya Rabul alamin.

    Jika anak yang menagih dadah itu telah menunjukkan sedikit perubahan, galakkan anak itu menunaikan sembahyang fardhu dan sentiasa beramal dengan:

  10. Membaca Selawat.
  11. Membaca Surah AL-Fatihah.
  12. Membaca Ayat Kursi.

    Berdoa.
    Doa : " Ya Allah Ya Tuhanku dengan berkatmu Engkau jauhkanlah aku dari syaitan dan iblis."
    Kekuatan amalan ini dapat melembutkan hati anak dan menegahnya dari menagih dadah.

Amalan Tambahan

AMALAN TAMBAHAN

Disarankan, ketika jauh di tengah malam. Bila anak duduk bersendirian dan di malam yang dingin itu tenang, galakkan anak menghayati dan menyebut Zikir Ya Syafi dan bertekad dan ditanamkan keazaman, menjauhkan diri dari perbuatan jahat dan meninggalkan dadah.

ZIKIR YA SYAFI

"Ya Khafi ... Yang Maha Memberi Kebaikan"
"Ya Syafi .... Yang Maha Menyembuhkan"
"Ya Muafi .... Yang Memberi Afiat"

Bacalah zikir tersebut sebanyak mungkin.

PERINGATAN: Kaedah yang terbaik merawat mereka yang terlibat dengan dadah ialah menanamkan kesedaran dalaman pada diri. Rawatan seperti ini memerlukan usaha kesungguhan. Doa doa dan usaha yang dilakukan oleh orang lain, termasuk usaha yang dilakukan pihak kerajaan di pusat pusat rawatan akan gagal, meskipun berjaya Tidak seimbang dengan modal yang telah dikorbankan apabila ia tidak bermula dari kesedaran dalaman, jika tidak, tidak baiklah hasilnya.

Perlu di ingat, mereka mungkin tIdak mengambil dadah ketika di rawat di pusat rawatan tersebut, tetapi kemungkinan besar akan mengambil semula dadah apabila keluar dari pusat rawatan kerana di dalam dirinya tidak di isi dorongan atau kesedaran untuk berhenti. Pengedar dadah ada di merata tempat dan m udah untuk dihubungi. Akhirnya, rawatan di pusat rawatan hanya sia sia sahaja. Sekiranya wujud rasa kesedaran dan keazaman mereka akan megelak diri daripada menapak semula ke sarang sarang dadah atau ke lorong lorong yang pernah di huni di situ penagih berkumpul.

Pemakanan

MAKANAN YANG DISYORKAN MAKAN BERDASARKAN AL-QURAN & HADITS

KHAL – MAKANAN KESIHATAN PARA NABI

Ini makanan kesihatan sunnah para Nabi. Penyembuh kepada penyakit yang digeruni seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kolestrol dan obesiti. KHAL ialah nama di dalam bahasa arab yang bermaksud satu bahan daripada buah buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, tin (fiq) disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu bertukar dari jus buah menjadi alkohol, menjadi yis kemudian bertukar menjadi asid asetat dan akhir menjadi KHAL. Di dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

Khasiat dan kelebihan KHAL ialah satu kenyataan yang tercatat dalam kitab kitab perubatan Islam. Catatan ini sudah lama wujud dikenali umum serta diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW sampai ke hari ini. KHAL ialah “minuman kesihatan sunnah Nabi Nabi. KHAL bukan satu penemuan baru atau kaian baru seperti setengah makanan kesihatan lain.



MADU LEBAH DAN LI KHAMSATUN

Madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu disebut di dalam Al Quran dan Hadith Nabi SAW. Terdapat satu surah khas dalam Al Quran tentang lebah iaitu Surah Al-Nahl pada ayat 68-69.

Maksudnya, dari mulut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit bagi manusia.

Li Khamsatun terdiri daripada madu lebah dan dua puluh (1-20) herba berkhasiat. Kesemua gabungan ini mempunyai dalil dalil atau nas sama ada dari Al Quran, Hadith Nabi SAW pendapat ulama perubatan Islam. Inilah satu gabungan yang sangat kuat dengan dalil dalil atau nas, InsyaAllah dapat menyembuhkan penyakit manusia. Antara 20 herba tersebut ialah hindiba, habbatus sauda’, babunaj, hulbah, zanjabil dan lain lain.


MAKANAN MENYEMARAKKAN MINDA CERGAS

Mempunyai akal yang cerdas, kuat ingatan, kuat hafalan serta pintar? Dapat menghafal Al Quran, mengingati beribu ribu hadith Nabi SAW? Menguasai pelbagai ilmu sejak kecil? Agar dapat berjihad, menyelesaikan masalah umat, mereka dapat ,mengekalkan kesihatan akal serta tidak lupa dan nyanyuk di sepanjang kehidupan mereka.

Semua pernyataan tersebut telah kami temui rahsia makanan mereka. Faqeh makanan kecerdasan otak kami kumpulkan serta gabungkan 13 bahan dari tumbuh tumbuhan pilihan dari luar negeri dikeringkan. Tiada bahan kimia, ubat penahan dan pewarna.

Manakala, keluaran Faqeh, Madu Minda ditemui 12 nas atau dalil bahan makanan khusus untuk otak yang cerdas. Inilah 12 rahsia mengapa ulama Islam terdahulu dapat menghafal Al Quran dan Hadith sejak kecil dan bijak berijtihad.


SAFFRON – MENGGURANGKAN SAKIT LUPA

Saffron atau Za'faran ialah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat serta terkenal kegunaannya di dalam dunia perubatan herba moden dan tradisional di Timur dan Barat. Digunakan juga sebagai bahan campuran semulajadi dalam pelbagai jenis makanan dan minuman serta di bidang kosmetik.

Kebiasaannya, za'faran ini dijadikan sebagai dakwat ditulis doa doa penyembuhan penyakit seperti doa menguatkan ingatan, hafalan, pintar, doa menghilangkan penyakit misteri seperti gangguan makhluk halus, sihir, santau dan penyakit umum dengan cara air diminum.