| Kolestrol |
|
|
| Friday, 15 August 2008 13:33 |
|
Umum, penyakit ini lahir daripada makanan yang diambil. Jadi, ini berkait semula seperti yang pernah dijelaskan mengapa pentingnya memakan makanan bukan sahaja halal, tetapi baik. Ketika menghuraikan penyakit ini, dijelaskan di dalam buku Doa doa dan Rawatan Penyakit (DR HARON DIN DAN DR AMRAN KASIMIN, thn terbitan) menyebut manusia memerlukan 250 ke 300 mg kolestrol untuk perjalanan sel yang sempurna. Sejauh ini, menerusi perubatan saintifik tidak ada perbezaan tanggapan Ahlus Syifa terhadap penyakit ini seperti dihuraikan perubatan moden. Di mana kolestrol itu ialah sejenis lemak dalam tubuh manusia dan terdapat di dalam darah. Kolestrol terbentuk kerana makanan yang dimakan.
PengenalanPENGENALAN MENGENAI PENYAKIT KOLESTROL Kandungan kolestrol yang tinggi di dalam makanan dihasilkan daripada binatang. Termasuk, sayur sayuran dan daging putih seperti daging ayam. Selain kolestrol, makanan makanan yang dihasilkan daripada binatang, sayuran dan daging putih mengandungi lemak tepu yang tinggi. Namun, makanan seperti ikan disarankan kerana ia kurang kandungan kolestrol dan lemak tepu. Di dalam nutrisi makanan kita disarankan memakan makanan yang seimbang. Saranan pemulihan kepada penyakit ini dinyatakan supaya tidak mengambil makanan seperti otak, hati, buah pinggang, ketam, sotong, ikan bilis dan kuning telur. Penyembuhan kepada penyakit ini akan lebih didorong dari kehendak diri sendiri seperti mengambil tahu mengenai makanan dan kandungan di dalam makanan. Islam menyarankan supaya mengurus makanan mengikut pengetahuan dan berimbang atau tidak berlebihan. Setiap penyakit harus melihat peringkatnya. Selari dengan itu, dapat disedari peringkat pemulihan harus dijalani seperti saranan dan panduan yang digariskan. Apabila kadar kolestrol di dalam kandungan isi tubuh terlalu tinggi perhatian yang lebih khusus mahunya jangan diabaikan. Tahap ini, keintiman dengan amalan ruhani atau penyembuhan dari kaedah spiritual lebih dihayati sehingga mencontohi serta mempelajarinya menerusi warisan para nabi dari petikan kisah mereka di dalam surah. Dalam hal ini, disarankan berpuasa sunat mengikuti amalan Nabi Daud iaitu berpuasa sehari dan berbuka sehari. Nabi Allah Daud Alahis Salam setelah diangkat menjadi nabi dan rasul diberi ilmu dan mukjizat sehingga bertambah rasa kasih kepada Allah SWT, sehingga meningkat rasa syukur kepada Allah SWT dan sehingga menunaikan ibadah berkali kali untuk meninggikan taqwa kepada Allah SWT. Di dalam meningkatkan ibadahnya, Nabi Daud berpuasa sepanjang satu hari dan berbuka pada hari berikutnya. Allah SWT mencintainya dan memberinya kerajaan yang besar. Rasulullah SAW bersabda: HADITH Pernyataan Al Quran mengenai Penyakit Kolestrol :
Surah Al-Baqarah Ayat 168.
Surah Al-Baqarah Ayat 172.
Surah Al Ma’idah Ayat 88.
MAKSUDNYA: Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah Telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya. Pernyataan Al Hadith mengenai penyakit kolestrol:
Di dalam sebuah hadith dari Abi Salamah. Hadith ini dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu ia berkata bahawa Rasullullah SAW ada bersabda: HADITH Riwayat Tarmizi, Ahmad dan Ibn Habban. Termasuk periwayat hadith ini ialah Imam Bukhari, Ibn Majah dan Ahmad dari Aisyah Radhiallahu Anhu. Pemulihan kepada penyakit ini digambarkan di dalam beberapa kaedah. Kaedah kaedah ini disarankan Ahlus Syifa berpandukan dalil dan sumber sumber rujukan yang tidak bercanggah dengan Islam. Amalan Dan KaedahAMALAN DAN KAEDAH:
Amalan 1 : MAKAN JINTAN DAN BAWANG PUTEH Kaedah pemulihan fizikal melalui ubatan. Contoh ubatan bagi penyakit ini ialah menggunakan jintan dan mengambil khasiat bawang putih. Jintan dan bawang putih dibekalkan ke dalam kapsul atau pun dijadikan jelly serta dijual di farmasi. Kaedah ini hanyalah sebahagian daripada saranan kerana pemulihan sebarang penyakit tidak hanya memenuhi tuntutan fizikal, malah kepada spiritual seharusnya mendapat perhatian seimbang. Amalan 2 : BERPUASA Kaedah spiritual menerusi ibadah. Berpuasa ialah contoh pemulihan yang memberi perhatian kepada spiritual atau ruh di mana jiwa manusia itu terletak. Terhadap mengisi ruhani diwarisi perubatan para nabi menganjur berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Terhadap penyakit ini, berpuasa adalah jalan yang paling dekat membersihkan tubuh dari makanan yang tidak baik kerana makanan yang tidak baik termasuk di antara makanan tidak halal. Puasa ialah ibadah yang diwajibkan bagi umat Islam mukallaf di seluruh bulan Ramadhan. Islam itu sendiri terdiri daripada puasa sebagai rukun atau ranting yang ketiga setelah mengucap dua kalimah syahadah dan sembahyang di lima waktu dari subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Rukun atau ranting yang keempat dan kelima ialah menunaikan pembayaran zakat ketika ia diwajibkan dan pergi mengerjakan ibadah haji dan mengunjungi baitullah setelah berupaya. Sengaja dihuraikan rukun atau ranting ini secara menyeluruh agar dapat disingkap hubungan di antara semua rukun atau ranting. Agar dapat direnung kedudukan puasa dan mengerti perumpamaan Islam ibarat sebuah pohon rendang dari tiang dan ranting atau rukun sebagai ibadah. Akan tergambar di dalam bayangan kita, keindahan yang terlukis dari ibadah seperti puasa. Berpuasa mengasuh jiwa dan penghayatan kerana di dalamnya akan merenung derita yang dijalani manusia yang melarat kerana tidak cukup makanan lantaran kemiskinan atau faqir. Berpuasa menjadi kaedah penyembuhan yang afdal kerana ia bukan sahaja akan meminggirkan penyakit, malah kembali mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Amalan 3 : DOA UNTUK PENEYEMBUHAN PENYAKIT KOLESTROL Doa ialah salah satu jalan penyembuhan. Pada detik kita berdoa setiap permintaan dan harapan akan dikembalikan seluruhnya kepada Allah SWT. Doa merupakan rangkaian kalimah yang dibaca mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah SAW. Sembuhnya sesuatu penyakit itu pula kerana keizinan Allah SWT. Contoh di dalam sebuah hadith. Hadith ini dari Anas menyatakan Aisyah telah datang menemui Rasulullah ketika keadaan marah kerana demam. Baginda telah melarangnya marah kerana demam itu perintah Allah. Sekiranya ia mahu baginda akan mengajarkan kalimah kalimah, jika dibaca Allah akan menyembuhkan. Aisyah meminta agar mengajarnya ia. Baginda mengajar doa tersebut. Aisyah telah membacanya dan sembuh.
DOA Di mana di dalam hadith ini menyentuh penyakit kolestrol dan huraian. Amalan 4 : SENAMAN & PERGERAKAN KHUSUS IA ITU MEDITASI Meditasi yang disarankan oleh Ahlus Syifa bagi memulihkan penyakit kolestrol terutamanya ketika penyakit ini bertambah parah. Maka bacailah zikir ini menjadi sebagai suatu meditasi menyebut ZIKIR YA SYAFI sebanyak mungkin yang boleh sambil mendiamkan diri di malam hening bening. ZIKIR YA SYAFIYa Khafi ... Yang Maha Memberi Amalan 5 : Seterusnya membaca doa. DOA PemakananMAKANAN YANG DISARANKAN Makanan asas dan makanan sampingan daripada makanan yang disyorkan makan berdasarkan Al Quran dan Hadith terhadap penyakit kolestrol. MAKANAN YANG DISYORKAN MAKAN BERDASARKAN AL-QURAN & HADITS BAGI PENGHIDAP PENYAKIT KOLESTEROL KHAL – MAKANAN KESIHATAN PARA NABI Ini makanan kesihatan sunnah para Nabi. Penyembuh kepada penyakit yang digeruni seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kolestrol dan obesiti. KHAL ialah nama di dalam bahasa arab yang bermaksud satu bahan daripada buah buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, tin (fiq) disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu bertukar dari jus buah menjadi alkohol, menjadi yis kemudian bertukar menjadi asid asetat dan akhir menjadi KHAL. Di dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar. Khasiat dan kelebihan KHAL ialah satu kenyataan yang tercatat dalam kitab kitab perubatan Islam. Catatan ini sudah lama wujud dikenali umum serta diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW sampai ke hari ini. KHAL ialah “minuman kesihatan sunnah Nabi Nabi. KHAL bukan satu penemuan baru atau kaian baru seperti setengah makanan kesihatan lain. MADU LEBAH DAN LI KHAMSATUNMadu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu disebut di dalam Al Quran dan Hadith Nabi SAW. Terdapat satu surah khas dalam Al Quran tentang lebah iaitu Surah Al-Nahl pada ayat 68-69.
Surah Al-Nahl Ayat 68 -69 SAFFRON – MENGGURANGKAN MENGELUARKAN TOKSIK Saffron atau Za'faran ialah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat serta terkenal kegunaannya di dalam dunia perubatan herba moden dan tradisional di Timur dan Barat. Digunakan juga sebagai bahan campuran semulajadi dalam pelbagai jenis makanan dan minuman serta di bidang kosmetik. Kebiasaannya, za'faran ini dijadikan sebagai dakwat ditulis doa doa penyembuhan penyakit seperti doa menguatkan ingatan, hafalan, pintar, doa menghilangkan penyakit misteri seperti gangguan makhluk halus, sihir, santau dan penyakit umum dengan cara air diminum. |
| Darah Tinggi |
| Kolesterol |
| Kencing Manis |
| Pesakit Jantung |
| Penyakit Perut |
| Sindrom Anak Nakal |
| Penagihan Dadah |
| Teks Panduan |
| Audio Bantuan |
| Video Panduan |