| Sindrom Anak Nakal |
|
|
| Friday, 15 August 2008 13:51 |
|
PENGENALAN MENGENAI PENYAKIT ATAU SINDROM ANAK NAKAL Penyakit ini ialah bentuk pengubatan ruhani. Barangkali, ubatan adalah salah satu jalan pemulihannya. Tetapi, ubatan semata mata tidak akan mencapai hasrat pemulihan menyeluruhnya. Penyakit ini bukan bentuk penyakit lahir dari fizikal sahaja. Ia lebih dekat kepada masalah jiwa atau ruhani. Ruhani iaitu spiritual, itulah jalan pemulihannya. PengenalanAllah menurunkan utusan untuk memimpin manusia kepada ciptaan yang asal iaitu kembali kepada panduan yang digariskan perubatan Islam. Perubatan Islam ialah perubatan warisan para Nabi, ulama ulama perubatan Islam dan orang orang yang berhadapan dengan jiwa dan ruh. Supaya manusia dapat mengembalikan kembali kesempurnaan fitrah penciptaannya. Anak anak terutama ketika memasuki alam remaja, mereka mempunyai banyak keinginan dan hasrat. Dalam usia begini, mereka sudah bercita cita untuk menjadi itu dan ini seperti hasrat menjadi pelakon filem dan sebagainya. Akan tetapi untuk menjamin hasrat tersebut dilakukan dengan baik, ibubapa mesti membentuk spiritual mereka. Hari ini, kita melihat kesibukan ibubapa kepada kerja harian mereka. Sehingga kerap mengabaikan tenggungjawab untuk membentuk spiritual anak anak. Dalam keadaan begini, sudah pasti kasih sayang dan bimbingan tidak disampaikan dengan baik. Hasil, anak anak akan kehilangan panduan yang sewajarnya. Adalah lebih baik jikalau anak itu sendiri mahu mengubati dirinya. Ini kerana sesuatu perubahan adalah lebih baik datang dari diri mereka sendiri. Seringkali, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Ibu atau bapa yang mahu melihat anaknya berubah dan bukan diri anak itu sendiri. Jadi siapa atau apa yang harus dibuat melalui tindakan apa atau cara yang bagaimana. Persoalan persoalan ini huraiannya jauh. Ibubapa ialah mereka yang bertanggungjawab mengambil tindakan jikalau tidak lahir kesedaran dari anak mereka sendiri. Ibubapa harus mengambil tindakan kepada perubahan tersebut menerusi pembentukan kehidupan mereka. Di antaranya, ibubapa hendaklah berdoa dan menyampaikan kekuatan doa tersebut kepada anak anak mereka. Ibubapa mesti mengetahui hakikat kekuatan doa di antara hamba dengan Tuhan. Kerana apabila ibubapa mengetahui hakikat dan kekuatan doa akan lahir keyakinan untuk melakukannya. Ibubapa mesti memahami maksud, kekuatan, gelombang atau doa vibration. Kerana apa kerana gelombang doa itu kuat sebab ia memiliki pencawang. Kalaulah TV, radio, hand set mempunyai kekuatan vibration yang kuat yang dicipta manusia, maka gelombang manusia itu sendiri lebih kuat dari itu. Ini kerana pencawang kita ialah Allah SWT Yang Maha Rahmat. Contoh ialah bagaimana ibubapa hendak melembutkan hati anak mereka. Iaitu memahami kekuatan doa dari hakikat dan kekuatan. Apa yang harus dibuat oleh ibubapa ialah bermula dengan menyentuh di kepala meskipun dahi. Menurut saintifik, bahagian tersebut sensitif dan garis aliran paling deras menghantar maklumat. Pada tempat yang disentuh itu dibacakan doa, fatihah dan selawat. Menurut perubatan aura, bahagian tersebut dikatakan cakra mahkota. Jadi, akuilah. Yang bersalah ialah manusia. Mengapa manusia tidak mengetahui senjata ini. Semua makhluk Allah seperti jin, syaitan, saka, iblis yang berada di tempat kita kita perintahkan sila pindah. Keujudannya ujud. Ujud yang belum berjisim dan bentuk semacam gelombang. Ujud yang tidak dapat dipegang atau disentuh. Kerana itu bagi manusia yang tidak mengetahui kekuatan doa telah ditipu bomoh apabila mereka mengatakan mereka telah menangkap jin atau syaitan yang disimpan di dalam botol. KaedahAMALAN DAN KAEDAH:
IBU BAPA BERAMAL Ahlus Syifa tidak menafikan kaedah kaedah lain yang tidak bercanggah. Contoh apabila anak kita jauh, pegang bajunya dan membayangkan seperti memegang mereka. Harus dilakukan kerana ruh tidak memiliki masa dan tempat. Sedangkan manusia itu dari ruh dan tubuh. Contoh ruh Nabi SAW keujudannya itu ujud. Tetapi, baginda di alam barzakhun. Pada ketika orang memberi salam kepada Nabi SAW di Afrika, keujudan Nabi SAW berada di Afrika. Di mana sahaja ada orang memberi salam kepada Nabi SAW, ruh baginda berada di situ. Di sini dimaksudkan, Ahlus Syifa mengambil pendekatan komperatif atau perbandingan menerusi pengetahuan pengetahuan sains iaitu keperluan untuk menjelaskan pada manusia kefahaman gelombang. Kefahaman frekuensi dan yang paling utama kefahaman fizik.
Amalan ibu bapa di buat selepas sembahyang Isya’ adalah: 1. Niat untuk menyembuh anak. 2. Selawat pada Nabi SAW 3. Didalam air baca Al-Fatihah. 4. Baca Ayat di bawah.
5. Ayat dibawah. Allah SWT berfirman:
Surah Taha ayat 1 – 5
FADILAH AYAT TAHA 6. Di ikuti dengan membaca Surah Ar ’ Radhu Ayat 31
7. Ketika membaca surah tersebut bayangkan muka anak yang mempunyai masaalah seolah-olah dia ada berada di hadapan. 8. Seterusnya berilah nasihat dengan berkata apa yang berada di dalam hati anda ketika itu dan memintanya 9. Setelah itu akhiri dengan membaca doa pemisah: DOA
|
| Teks Panduan |
| Audio Bantuan |
| Video Panduan |