You are here: Home Kaedah Ahlus Syifa' Amalan dan Kaedah Semasa Sakit
Amalan Semasa Sakit Print E-mail
Friday, 15 August 2008 12:57

Sembahyang

SEMBAHYANG SEBAGAI PERMULAAN PENYEMBUHAN

Menurut Al-Hafiz Abi Abdullah Muhammad (1984: 283). Sembahyang boleh memadamkan api kemarahan, melembutkan hati yang keras, membentuk sifat pemaaf dan sifat tawadhu’. Sembahyang yang dimaksudkan ialah umum, samada sembahyang fardhu atau sunat.

Jaminan mendapat kebahagiaan, kejayaan hidup dari Allah SWT bagi orang yang mengerjakan Sembahyang.

Surah Al Mukminin ayat 1 hingga 3

MAKSUDNYA:

”Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang mereka.
Dan mereka menjauhkan segala perkara yang sia sia.”

 

Jaminan Allah orang yang melakukan sembahyang akan terhindar daripada segala gejala buruk dalam kehidupan, gejala buruk termasuklah penyakit rohani dan jasmani.

Surah Al Ankabut ayat 45
MAKSUDNYA:

”Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahykan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesunguhnya mengerjakan Sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar (salah laku). Sesungguhnya dengan mengingati Allah (melakukan sembahyang) adalah lebih besar faedah dan kesannya (dari amalan yang lain). Dan ingatlah Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

 

Oleh itu, melakukan sembahyang dapat menghilangkan penyakit keluh kesah, kikir, tamak dan semua sifat sifat yang buruk.

Surah Al Maarij ayat 19 - 23
MAKSUDNYA:

”Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut) apabila dia ditimpa kesusahan dia sangat resah gelisah. Apabila dia beroleh kesenangan dia sangat bakhil. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. Ia itu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya”

 

Pengecualian dari segala sifat sifat buruk di sini hanyalah orang yang mengerjakan sembahyang. Dengan ini dia akan terhindar dari sebarang penyakit spiritual yang akhirnya membawa kepada penyakit jasmani. Termasuklah penyakit keruntuhan sosial dalam masyarakat, pergaduhan dan pembunuhan diri.


SEMBAHYANG SUNAT YANG DIGALAKKAN

Al Quran secara khusus telah menarik perhatian terhadap bangun di waktu malam, sahur dan terbitnya fajar hingga terbitnya matahari.


Surah Al Fajr Ayat 1 ke 5
MAKSUDNYA:

”Demi waktu fajar. Dan malam yang sepuloh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah). Dan bilangan yang genap serta yang ganjil. Dan malam, apabila ia berlalu; Bukan kah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna”

Allah SWT menyuruh sembahyang sunat malam secara tersendiri selepas daripada menyebut sembahyang wajib iaitu dalam surah Al Isra ayat 78 menceritakan solat fardhu yang 5. Manakala pada ayat 79 selepasnya Allah SWT menceritakan secara khusus sembahyang sunat. Lihat terjemahan ayat 78 dan 79 Surah Al Isra.

Firman Allah SWT:


Surah Al Isra ayat 78 – 79

MAKSUDNYA:
”Dirikanlah oleh mu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam; dan dirikanlah sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ”sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagi mu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”

 

Sembahyang malam membawa ketenangan jiwa, bacaan doa pada ketika itu lebih berkesan.

Firman Allah SWT:

Surah Al Muzammil ayat 6

MAKSUDNYA :
”Sesungguhnya sembahyang dan ibadat di waktu malam adalah lebih kuat kesannya (kepada jiwa) (khusyuk), dan lebih tetap betul bacaan nya.”

Penerangan Doa

DOA-DOA YANG DIBACAKAN KETIKA SAKIT

Selama mana manusia tidak dapat melihat atau memahami kekuatan doa jadi kerana itu hal ini perlu diterangkan kepada semua agar segala kesakitan yang kita lalui akan menjadi baik kerana kekuatan doa itu sendiri. Hakikat doa itu seolah-olah sebagai gelombang yang kuat separti memiliki pencawang bagi menarik rahmat Allah swt untuk sentiasa berada dalam keberkatan Nya. Sesungguhnya rahmat daripada Allah swt itu adalah INIFINITi. TIADA HAD DAN MELIMPAH RUAH.

Rasullallah SAW bersabda dan bermaksud:

"Doa itu SENJATA bagi orang mukmin."

Kita harus membenarkan di dalam hati dan percaya akan apa yang dipohon. Allah SWT akan beserta dengan apa yang kita sangkakan dan apa yang kita pohon. Kita akan berusaha ke arah apa yang kita minta kerana hati kita telah mengiakan. Keyakinan itu amat penting.

Tetapi bagi orang Mukmin ada satu lagi senjata tambahan ia itu jika seandainya doa kita tidak dimakbulkan Allah SWT di dunia, doa itu tetap akan dimakbulkanNya di akhirat nanti. Setidaknya insan tersebut sentiasa berdoa dan beribdah kepada Allah SWT.

Sesungguhnya Doa dan Zikir adalah salah satu ranting dari ranting ranting penyucian jiwa serta pembinaan diri insan. Allah SWT berfirman dalam Surah As Shams ayat 9 ke 10.

Surah As Shams Ayat 9 -10

MAKSUDNYA:

”Sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah orang yang menyucikan jiwa (bertambah-tambah bersih dengan iman dan amal kebajikannya). Dan merugilah (hampa) orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan kekotoran ma’siat).”



ADAB-ADAB BERDOA

Bagi meningkatkan mutu doa-doa kita, kita harus memelihara ADAB-ADAB BERDOA supaya mendapat doa yang makbul. Diantara ADAB BERDOA itu adalah:

  1. Berdoa dengan penuh keikhlasan kepada Allah.
  2. Memulakan dengan pujian kepada Allah dan diikuti dengan selawat ke atas Nabi saw. Sekurang-kurangnya kalimah pujian kepada Allah dan selawat adalah Alhamdullilah dan wassalatu wassalam ala Rasulillah.
  3. Menutup doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi saw juga. Imam al-Nawawi berkata bahawa para ulama telah bersepakat (ijma’) bahawa sunat doa itu dimulai dengan kalimah memuji Allah swt, kemudiannya mengucapkan selawat kepada Nabi saw. Demikian juga penutup dan, diakhiri dengan pujian dan selawat.
  4. Bersungguh-sungguh ketika berdoa, menghadirkan hati dan meyakinkan diri bahawa Allah akan memakbulkannya.
  5. Berdoa dengan khusyuk, tadharru’ dan disertai dengan perasaan rahbah dan raghbat.
  6. Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua-dua belah tangan. Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Tuhan kamu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu sangat pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hambaNya yang mengangkat tangannya berdoa tetapi tak dimakbulkan permintaannya itu”
  7. Berdoa dengan sabar menanti dimakbulkan Allah. Sikap terburu-buru mengakibatkan doa ditolak. Dalilinya ialah: Maksudnya: “Dikabulkan doa seseorang daripada kalian selama dia tidak terburu-buru. Dia berkata: Aku sudah berdoa tapi Allah tidak memakbulkannya.”
  8. Sentiasa berdoa dalam apa jua situasi sama ada ketika senang atau susah. Perkara ini berdasarkan Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 60.

“Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain daripada Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingati Nya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).”

  1. Tidak berdoa untuk keburukan seperti kecelakaan dan memutuskan silaturrahim. Nabi saw bersabda: “Doa seseorang hamba akan sentiada dimakbulkan selama mana diat tidak berdoa untuk berbuat dosa atau memutuskan silaturrahim…”
  2. Tidak berdoa di tempat maksiat.
  3. Merendahkan suara kerana Allah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 205. Maksudnya:
    “Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi orang-orang yang lalai.”
  4. Berdoa dengan mengucapkan ‘Ya Rabb” sebanyak tiga kali. Di riwayatkan daripada Atha’ r.a. , beliau berkata: Tidaklah seseorang hamba mengatakan ‘Ya Rabb’ sebangyak tiga kali melainkan Allah akan mendengar permintaannya. Al-Imam Malik pernah ditanya tentang panggilan kepada Allah dalam doa mengenai wajar atau tidak disebut dengan nama “Sayyid”. Jawab beliau: “Katakanlah: ‘Ya Rabb” kerana itulah panggilan para nabi a.s. kepada Allah dalam munajat mereka. Doa juga perlu selalu perlu diulang-ulang. Baginda selalunya mengulangi satu-satu doa sebanyak tiga kali. Sebagai contohnya Nabi saw membacakan doa dibawah tiga kali pada setiap petang.

    Maksudnya: “ Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada kejahatan sesuatu yang diciptakan”
  5. Mengadap kea rah kiblat. Dalilinya ialah Ubbad bin Tamim meriwayatkan daripada bapa saudaranya iaitu Abdullah bin Zaid bin Asim al-Maziniy, katanya: “Aku melihat Rasullulah saw pada hari Baginda keluar untuk memohon kepada Allah swt agar diturunkan hujan, baginda membelakangkan dirinya ke arah orang ramai dan mengadap kiblat. Kemudian baginda mengalihkan selendangnya. Seterusnya mengerjakan solat dua rakaat dengan bacaan yang kuat pada setiap rakaat”.
  6. Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa kerana berdasarkan dalil: Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pernah berlaku musim kemarau pada zaman Rasullulah. Ketika baginda sedang berkhutbah diatas mimbar pada hari Jumaat, seorang Arab Badwi bangkit, lalu bertanya: “Wahai Rasullullah, segala harta benda telah musnah. Seluruh ahli keluarga kelaparan. Berdoalah kepada Allah untuk kami agar Allah turunkan hujan.” Baginda lalu MENGANGKAT KEDUA BELAH TANGAN dan berdoa.
  7. Berdoa dalam keadaan berwudhuk. Abu Musa meriwayatkan ketika selesai berperang di Hunain. Nabi saw mengutuskan Abu ‘Aamir bersama pasukan tentera kesebuah tempat. Abu Musa mencabut panah tersebut dari lututnya. Apabila beliau mencabutkannya, dilihat Abu ‘Aamir kesakitan. Abu ‘Aamir lalu berkata kepada Abi Musa: “Wahai anakku, sampaikan salamku kepada baginda saw dan sebutkan kepada baginda, mudah-mudahan baginda memohon keampunan daripada Allah untuk segala doasaku.” Abu ‘Aamir seterusnya melantik Abu Musa menggantikan beliau menjadi ketua pasukan. Tidak lama kemudian Abu ‘Aamir meninggal dunia. Abi Musa kembali ke Madinah dan menyampaikan pesanan terakhir Abu ‘Aamir. Baginda lalu meminta air dan berwudhuk. Kemudian baginda menadah tangan kelangit lalu berdoa: “ Ya Allah! Ampunkanlah dosa-dosa Ubaid Abu ‘Aamir. Ya Allah, jadikanlah dia pada hari kiamat nanti pada martabat yang lebih tinggi berbanding segala makhlukMu di dunia”.
  8. Mengakui dosa yang dibuat, menyesalinya dan bertaubat serta beristighfar kepada Allah. Dalilnya ialah Allah mengajar kita supaya bertaubat daripada dosa menerusi kisah Nabi Yunus a.s. yang bertaubat kepada Allah kerana melarikan diri daripada tanggung jawab kepada Allah kerana melarikan diri daripada tanggung jawab berdakwah. Baginda akhirnya telah di telan oleh ikan Nun selepas ujian jatuh kepada baginda. Firman Allah dalam surah al-Anbiya’ ayat 87-88 bermaksud:

 

 

Surat Al-Anbiya’ Ayat 87 - 88


“Dan orang yang berada di dalam perut ikan Nun (Nabi Yunus), ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu mengira Kami tidak berkuasa keatasnya. Dia menyeru di dalam keadaan gelap-gelita; “Tiada Tuhan yang layak diabdikan diri melainkan-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong di kalangan orang-orang yang zalim.” Lalu Kami menerima seruannya, dan Kami selamatkannya dari kesusahan. Demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman.”

 


  1. Tidak bersajak semasa berdoa jika hanya bertujuan untuk memperindahkannya kepada para pendengar.
  2. Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dengan makna (al-jami’). Ini berdasarkan kepada sebuah hadis sahih, “Semasa berdoa Nabi saw gemar menggunakan ayat-ayat yang ringkas tetapi padat dengan isi dan baignda saw meninggalkan yang meleret-leret.
  3. Menyeru Allah swt dengan nama-nama-Nya yang mulia iaitu al-Asmaul Husna. Firman Allah swt dalam surah al-A’raf ayat 180 yang bermaksud: “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukan orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namanya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.”
  4. Bertawasul dengan amal solih yang pernah dilakukan.
  5. Makanan dan minuman mestilah daripada sumber-sumber yang halal kerana Allah menolak doa orang yang makan dan dibesarkan daripada sumber yang haram. Sabda Nabi saw “… Makanannya dari sumber yang haram, minumannya daripada sumber yang haram dan dia dibesarkan daripada sumber perolehan yang haram, maka bagaimana hendak dimakbulkan permintaannya.”
  6. Hendaklah melakukan al-amru bil ma’ruf wan nahyi anil mungkar. Sabda Nabi saw: “ Demi Allah yang jiwaku berada dalam tangannya, hendaklah kalian menyeru kepada yang makruf dan mencegah daripada perkara yang mungkar. Jika kalian tidak melakukannya, Allah akan menurunkan seksa kepada kalian dan apabila kalian berdoa kepadaNya, nescaya tidak akan dimakbulkan.”
  7. Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum berdoa kepada orang lain. Dalilnya ialah firman Allah yang memuji keturunan sahabat, Muhajirin dan Ansar kerana doa mereka. Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat ke-10 yang bermaksud: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Mu.”
  8. Menghimpunkan kesemua anak jari melainkan ibu jari. Ini berdasarkan sebuah hadits shih, Nabi saw bersabda: “Bahawa Nabi saw apabila masuknya seseorang itu ke dalam Islam, maka Nabi saw akan mengajarnya membaca doa: Ya Allah ampunkan dosa-dosaku, rahmatilah aku, berilah hidayah kepadaku, afiatkanlah aku dan kurniakanlah rezeki kepadaku.” Dalam riwayat lain, dihimpunkan jari-jarinya melainkan ibu jari kerana kesemua itu menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat.
  9. Menyapukan muka dengan tangan setelah selesai berdoa. Dalilnya ialah Ibn Abbas berkata:” Apabila kamu memohon kepada Allah, mohonlah dengan tapak-tapak kamu dan jangan memohon dengan belakang tapak tangan.”

Mengaminkan doa yang dibaca. Terdapat hadits yang menunjukkan perkara ini. Rasullullah saw bersabda:

“Sekiranya imam mengatakan ‘amin’ maka ucapkanlah ‘amin’. Sesiapa yang ucapan aminnya itu bertepatan dengan ucapan amin para malaikat, segala dosanya yang lalu akan diampunkan oleh Allah.”

Abu Zuhair bin Numairi menceritakan, satu malam beliau dan para sahabat keluar berjalan bersama Rasullulah saw dan bertemu dengan seorang lelaki yang bersungguh berdoa kepada Allah. Baginda berhenti untuk mendengan doa lelaki tersebut.

Kemudian baginda bersabda:

“Sekiranya beliau menutup, pasti doanya akan diterima.” Seorang sahabat lalu bertanya, “Dengan apa perlu ditutup doa?? Sabda baginda: “Dengan amin, sekiranya beliau menutup doanya dengan amin pasti doanya akan diterima.”

Sayidina Muaz r.a. dilaporkan sentiasa mengucapkan amin sebaik saja mengkhatamkan bacaan surah al-Baqarah kerana ayat yang terakhir daripada surah itu merupakan doa kepada Allah swt.”

Kita harus dapat melihat atau memahami kekuatan doa agar segala kesakitan yang kita lalui akan menjadi baik kerana kekuatan doa itu sendiri.

Firman Allah SWT berfirman:

 

Surah Al Araf ayat 156

MAKSUDNYA:

”Rahmat ku menyelubungi setiap sesuatu.”

Rahmat Allah SWT tidak terhad dengan ruang tempat dan masa kerana Allah SWT itu Tuhan yang bersifat tujuh petala langit tujuh petala bumi.

Firman Allah SWT:

Surah Al Nur Ayat 35

MAKSUDNYA:

”Cahaya Allah itu memenuhi langit dan bumi.”

Menurut Ibn ‘Atha, doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkan naik kelangit untuk diterima Allah swt. Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk. Sayap-sayap doa itu itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa,.

 


WAKTU YANG DIMAKBULKAN DOA

a. Berdoa sewaktu hujan turun

b. Ketika hendak solat

c. Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam

d. Waktu di antara azan dan iqamah

e. Kitika sujud dalam solat

f. Selesai solat fardhu

g. Ketika berpuasa

h. Malam al-Qadar

i. Ketika Khatam 30 juzuk al-Quran

j. Sepanjang hari Jumaat

k. Sepanjang perjalanan semasa bermusafir

l. Ketika berjihad dan seaktu melaksanakan ibadah haji dan umrah

m. Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah

n. Waktu menerima ujian

o. Ketika tentera Islam berhadapan dengan tentera musuh

p. Ketika ayam berkokok

 

Allah SWT menyebut dalam Al Quran bahawa manusia dikehendaki mengingati Allah SWT dalam apa sahaja keadaan samada berdiri, duduk , berbaring dan sebagainya.

Firman Allah SWT:

Surah Ali Imran ayat 191

MAKSUDNYA:

yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):

"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka."

Amalan Doa

 

Amalan 1

  1. Merasa menyesal dengan segala perbuatan mungkar yang telah membawa segala bencana.
  2. Mengamalkan Zikir ini dan membacanya sebanyak mungkin dengan menyesali segala perbuatan dosa:

    Sebahagian .....Surah Al Anbiya ayat 87

    MAKSUDNYA:

    “Tiada Tuhan yang layak diabdikan diri melainkan-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong di kalangan orang-orang yang zalim.

  3. Baca ”Ya Allah ampunkan dosa-dosa ku”

    Doa yang bersifat mengakui kezaliman diri sendiri istiharkan kesalahan diri di hadapan Allah dengan mengharapkan keampunanNya. Berzikir dengan menyebut Nama Allah SWT yang bersifat penyembuh, pemberi kesembuhan, pemberi kesihatan.


Amalan 2

Surah al-Baqarah ayat 286

MAKSUDNYA:


"Wahai Tuhan Kami! Janganlah engkau mengirakan kami salah kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu dari kami. Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlan kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir.”


Amalan 3


Surah al-Baqarah ayat 250

MAKSUDNYA:

“Wahai Tuhan kami! Limpahkan sabar kepada kami, dan teguhkan tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.”


Zikir & Selawat

ZIKIR YANG MUJARAB

ISTIGHFAR

Surah Al Anbiya ayat 87

MAKSUDNYA:

Tiada Tuhan melainkan Engkau (Allah) Maha Suci Engkau sesungguhnya aku dari orang yang zalim.


SELAWAT

  • Selawat kepada Nabi SAW
  • Selawat penyembuhan (Selawat Syifa)


    Maksud:
    Ya Allah, Berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammbad SAW yang menyembuhkan hati hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan, juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.

 

  • Selawat merungkai (Tafrijiyyah)

    Maksud:
    Ya Allah anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas peghulu kami Nabi Muhammad SAW yang dengan berkatnya terhurai ape yang tersimpul, terlepas dari segala kesusahan juga ditunaikan segala hajat dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya yang mulia, kerahmatan dan kerahmatan yang sempurna. Engkau anugerahkan juga YA Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagi Mu.


Amalan Zikir yang disyorkan

Amalan membaca rangkaian surah surah khusus dibawah ialah untuk menguatkan ruh jiwa ruhani serta mengubati penyakit dan masaalah yang dihadapi.

1. Baca Niat

Niatnya ialah “Ya Allah Ya Tuhanku aku nak beramal dengan Selawat Nabi SAW, Surah Al Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al Ikhlas, Surah Al Falaq dan Surah An Nas sebanyak 7 kali setiap satu daripadanya selepas sembahyang 5 waktu selama seminggu untuk dihayati sebagai.”

a. Ibadah mendekatkan diriku pada Engkau Ya Allah

b. Mendekatkan diri aku kepada hikmat dan kelebihan ayat ayat tersebut

c. Menguatkan ruh jiwa ruhani aku

d. Mempertahan diri aku dari sebarang bisikan, gangguan, godaan sama ada dari jin, syaitan, iblis, sihir, saka, perbuatan jahat manusia (ilmu hitam) dan seumpamanya

e. Mengubati penyakit yang aku alami serta penyakit keluargaku (anak, suami, isteri)

f. Menambahkan rezeki, meninggikan kasih sayang keluarga dan suami isteri

g. Boleh dimuatkan apa sahaja yang kita hajatkan yang tidak bercanggah dengan syariah Agama

h. Amin – yarabul alamin.

i. Setelah itu baca:

· Selawat (7 kali)

· Surah al-Fatihah (7 kali)

· Ayat al-Kursi (7 kali)

· Surah an-Nas ( 7 kali)

· Surah al-Falaq ( 7 kali)

· Surah al-Ikhlas (7 kali)

Pemakanan

MAKANAN DAN MAKANAN SAMPINGAN

MAKAN YANG HALAL LAGI BAIK

Barangkali, ubatan adalah salah satu jalan untuk rawatan penyakit tetapi ubatan semata mata tidak akan mencapai hasrat pemulihan yang lebih menyeluruh. Ini kerana penyakit bukan bentuk penyakit yang lahir dari fizikal sahaja. Dalam masa yang sama, penyakit ini juga memerlukan rawatan secara spiritual. Hanya, untuk merawatinya boleh juga dipulih daripada makanan yang baik. Sebab, makanan yang baik akan membentuk jiwa kerana Allah SWT menurunkan di dalam Al Quran menerusi ayat sebagaimana yang difirman, mafhumnya:

“ Makanlah oleh kamu daripada yang baik, yang kami rezekikan kepada kamu”

Didalam ayat lain Allah menyebut dalam firman mafhumnya:

“Makanlah yang halal lagi baik”

Mengapa diceritakan persoalan mengenai halal. Nutrisi yang ada di dalam kambing yang disembelih (halal) adalah sama sahaja dengan daging yang tidak halal. Kerana persoalan halal berkaitan dengan ruh yang membentuk sahsiah dan peribadi.

Bukan sekadar halal sahaja, masalah yang ditekankan itu ialah “baik.” Sebagai contoh; Kambing memang baik dimakan jikalau kita mengambil daging yang halal. Kita melihat begini, jikalau makanan yang dimakan oleh orang bukan Islam itu baik tetapi mengapa mereka menjadi tidak baik.

Mereka juga ada melakukan perkara yang baik seperti menyelamatkan ikan paus, contohnya. Tetapi, di sebalik kebaikan tersebut mereka juga melakukan kerosakan di dunia ini dengan menghidupkan peperangan yang membunuh jiwa manusia. Mereka melakukan sedemikan kerana tidak dibentuk daripada makanan yang halal. Bila persoalan halal diacuhkan, maka mereka akan bersikap dan bertindak di luar batas batas kemanusiaan. Hasilnya akan menjadikan jiwa hancur apabila mengabaikan persoalan halal atau mengambil mudah hal yang penting itu.


MAKANAN YANG DISYORKAN MAKAN BERDASARKAN AL-QURAN & HADITS

MADU LEBAH

Madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu disebut di dalam Al Quran dan Hadith Nabi SAW. Terdapat satu surah khas dalam Al Quran tentang lebah iaitu Surah Al-Nahl pada ayat 68-69.

Surah Al-Nahl Ayat 68-69

MAKSUDNYA:

“.. dari mulut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit bagi manusia.”

 

Ulama perubatan Islam telah sepakat, mengatakan madu lebah sangat baik untuk kesihatan manusia, dapat menyembuhkan berbagai bagai penyakit, begitu juga ia diperakui seluruh ahli perubatan barat dan timur.

Kami memilih madu akar dari Republik Islam Iran kerana banyak khasiat sebab lebah di sana menghisap madu di pokok pokok kurma, tin, zaitun, delima dan sebagainya. Kesemua buah buahan ini disebut di dalam Al Quran dan kitab kitab perubatan Islam tentang khasiatnya yang banyak.

Li Khamsatun terdiri daripada madu lebah dan dua puluh (1-20) herba berkhasiat. Kesemua gabungan ini mempunyai dalil dalil atau nas sama ada dari Al Quran, Hadith Nabi SAW pendapat ulama perubatan Islam. Inilah satu gabungan yang sangat kuat dengan dalil dalil atau nas, InsyaAllah dapat menyembuhkan penyakit manusia. Antara 20 herba tersebut ialah hindiba, habbatus sauda’, babunaj, hulbah, zanjabil dan lain lain.


MAKANAN MENYEMARAKKAN MINDA CERGAS

Mempunyai akal yang cerdas, kuat ingatan, kuat hafalan serta pintar? Dapat menghafal Al Quran, mengingati beribu ribu hadith Nabi SAW? Mnguasai pelbagai ilmu sejak kecil? Agar dapat berjihad, menyelesaikan masalah umat, mereka dapat ,mengekalkan kesihatan akal serta tidak lupa dan nyanyuk di sepanjang kehidupan mereka.

Semua pernyataan tersebut telah kami temui rahsia makanan mereka. Faqeh makanan kecerdasan otak kami kumpulkan serta gabungkan 13 bahan dari tumbuh tumbuhan pilihan dari luar negeri dikeringkan. Tiada bahan kimia, ubat penahan dan pewarna.

Manakala, keluaran Faqeh, Madu Minda ditemui 12 nas atau dalil bahan makanan khusus untuk otak yang cerdas. Inilah 12 rahsia mengapa ulama Islam terdahulu dapat menghafal Al Quran dan Hadith sejak kecil dan bijak berijtihad.


KHAL – MAKANAN KESIHATAN PARA NABI

Ini makanan kesihatan sunnah para Nabi. Penyembuh kepada penyakit yang digeruni seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kolestrol dan obesiti. KHAL ialah nama di dalam bahasa arab yang bermaksud satu bahan daripada buah buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, tin (fiq) disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu bertukar dari jus buah menjadi alkohol, menjadi yis kemudian bertukar menjadi asid asetat dan akhir menjadi KHAL. Di dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

Khasiat dan kelebihan KHAL ialah satu kenyataan yang tercatat dalam kitab kitab perubatan Islam. Catatan ini sudah lama wujud dikenali umum serta diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW sampai ke hari ini. KHAL ialah

“minuman kesihatan sunnah Nabi Nabi.”

KHAL bukan satu penemuan baru atau kaian baru seperti setengah makanan kesihatan lain.


SAFFRON – MENGGURANGKAN SAKIT LUPA

Saffron atau Za'faran ialah sejenis bunga yang paling berharga dan mempunyai banyak khasiat serta terkenal kegunaannya di dalam dunia perubatan herba moden dan tradisional di Timur dan Barat. Digunakan juga sebagai bahan campuran semulajadi dalam pelbagai jenis makanan dan minuman serta di bidang kosmetik.

Kebiasaannya, za'faran ini dijadikan sebagai dakwat ditulis doa doa penyembuhan penyakit seperti doa menguatkan ingatan, hafalan, pintar, doa menghilangkan penyakit misteri seperti gangguan makhluk halus, sihir, santau dan penyakit umum dengan cara air diminum.