Penyembuhan dan pemulihan yang di sarankan oleh Ahlus Syifa’ ialah sepertimana yang syorkan dari nas Al-Quran, Al Sunnah Nabi SAW dan warisan ulamak perubatan Islam. Panduan dari Al Quran dan Al Sunnah ini adalah panduan yang di wahyukan, ianya sebagai satu alternatif penyembuhan yang sangat berkesan sesuai dengan manusia yang diciptakan oleh Allah SWT. Ahlus Syifa juga merujuk kepada perubatan alternatif lain yang tidak bercanggah dengan Islam. Perkara pokok yang ditekankan dalam kaedah Ahlus Syifa ialah
1. PENYEMBUHAN DAN PEMULIHAN SPIRITUAL DIDAHULUKAN.
Mengapa Allah mendahulukan persoalan spiritual daripada fizikal, kerana persoalan fizikal adalah disingkap daripada persoalan spiritual. Spiritual itu berkait dengan ruh apabila Allah menyebut dalam Al Quran sebagai penyembuhan hati.
(Surah Yunus 57)
MAKSUDNYA: ”Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit penyakit batin yang ada diadalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
Masalah gangguan Spiritual yang tidak tenang akan menyebabkan penyakit yang berbagai bagai. Allah mengajar kita supaya mendapatkan ketenangan jiwa barulah kita dapat mencapai kebahagian hidup.
(Surah Al Fajr Ayat 27 - 30)
MAKSUDNYA: ”Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang, tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhan Mu dengan keadaan engkau berpuas hati redha diredhai (dengan segala nikmat yang diberikan),lagi diredhai (di sisi Tuahn mu). Serta masuklah kamu ke dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah kamu ke dalam Syurgaku.
Semua manusia diciptakan mempunyai ruh. Apabila manusia itu sakit apa yang harus dilakukan ialah menyembuhkan kembali ruh yang asal ia itu kembali kepada fitrah yang indah dari ciptaan Allah SWT Yang Maha Sempurna. Allah mengajak manusia supaya kembali kepada fitrah keindahan ciptaanNya.
(Surah Ar Rum ayat 30)
MAKSUDNYA: ”Maka hadapkanlah mukamu ke arah Agama Allah ia itu agama yang Allah menciptakan manusia dengan keadaan bersedia dari semulajadinya (mengikut fitrahnya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.”
(Surah At Tin ayat 4)
MAKSUDNYA: ”Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya) paling sempurna kejadian.”
Manusia yang memiliki ruh itu jikalau mengikut fitrah ia itu kembali kepada kejadian sebenar, maka kehidupan mereka boleh kembali menjadi sempurna.
2. PENYEMBUHAN DAN PEMULIHAN BERMULA DENGAN DIRI SENDIRI Manusia bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri dengan segala kesempurnaan yang Allah kurniakan. Terutamanya akal, dan anggota badan yang sempurna.
(Surah Al Zalzalah ayat 7 dan 8)
MAKSUDNYA: ”Sesiapa yang melakukan kebaikan walaupun sebesar zarah (atom) diperlihatkan dan sesiapa yang melakukan kejahatan kejahatan sebesar atom juga diberi balasan.”
3. NABI SEBAGAI UTUSAN ALLAH SWT DAN CONTOH SEMPURNA
Allah menurunkan Nabi sebagai utusan untuk memimpin manusia kepada ciptaan yang asal. Hal ini dapat dirujuk melalui panduan yang terdapat dalam perubatan Islam. Perubatan Islam adalah perubatan warisan para Nabi. Diteruskan oleh ulama ulama perubatan Islam dan orang orang yang berhadapan dengan jiwa dan ruh supaya manusia dapat mengembalikan kembali kesempurnaan penciptaannya.
Adalah kaedah perubatan Islam lebih lengkap jikalau dibandingkan dengan perubatan perubatan lain. Justeru, perubatan Islam mengambil panduan Al Quran (wahyu) daripada penciptaan Tuhan. Kemudian, diambil daripada panduan Hadith/Sunnah.
Al Quran mengambarkan kebanyakkan manusia menzalimi diri mereka sendiri walaupun segala dikurniakan segala kesempurnaan diri.
(Surah Hud ayat 101)
MAKSUDNYA: ”Kami tidak Kami menzalimi diri mereka, tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri.”
Allah mengutuskan rasul sebagai utusanNya bagi memimpin manusia kepada kehendak ciptaanNya yang asal. Ahlus Syifa yang berpandukan kepada kaedah perubatan Islam merupakan satu jalan yang sangat penting kerana perubatan Islam ini merupakan warisan perubatan para Nabi terdahulu hinggalah kepada Nabi akhir zaman Muhammad SAW dan diteruskan serta diwariskan oleh ulamak perubatan Islam sampai ke hari ini.
Maka dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa perubatan Islam ini lebih lengkap kerana menurut panduan Wahyu Al Quran dan As Sunnah sesuai dengan penciptaan insan oleh Allah Maha Pencipta. Segala permasalahan manusia samada spiritual atau fizikal mempunyai jalan keluarnya yang tersendiri. Ini adalah keistimewaan buat Umat Islam khususnya dengan kita tidak menafikan peranan perubatan moden.