| Selamat Datang ke Ahlus Syifa' |
| Friday, 15 August 2008 07:27 |
|
Selamat Datang ke Repositori Penyembuhan Ahlus Syifa'!
Ahlus Syifa' atau Ahli Penyembuhan ialah pendekatan penyembuhan yang berdasarkan ilmu warisan Islam mengikut Al-Quran dan Sunnah Nabi. Dari perspektif Islam, penyembuhan yang sempurna dapat dicapai apabila fizikal yang sakit sembuh bersama penyembuhan rohani. Oleh itu, ungkapan penyembuhan bermula dari diri mu (HEALING STARTS WITHIN YOU!) menggambarkan pendekatan yang disarankan oleh Ahlus Syifa'.
Memang secara fizikal, setiap yang sakit boleh mencari ubat dan kaedah penyembuhan yang sesuai dengan penyakit yang di hadapi. Dalam pencarian itu, setiap diantara kita pasti melalui saat-saat keraguan, sesalan dan juga terlintas diatas benak fikiran tentang kedaifan ilmu dan maklumat yang boleh membantu kita merasai dekat dengan Allah semasa menderita kesakitan. Malah hendak digapai dimana pun kita tidak tahu kerana belum pernah berjumpa dengan satu-satunya tempat dimana seorang dapat menyelami hakikat penyembuhan yang sebenarnya dari pandangan Islam serta ulamak perubatan Islam. Maka disini - kami himpunkan dalam satu repositori ringkas tetapi padat dan tepat bagi anda semua untuk panduan, buat amalan dan meditasi serta mendoakan anda semua mencapai nikmat dari amalan sendiri bagi tujuan penyembuhan sempurna. Repositori ini mengandungi Pengenalan mengenai Ahlus Syifa; penerangan mengenai peri pentingnya amalan semasa sakit dan juga kaedah nya. Tidak ketinggalan penerangan tentang tunjang-tunjang amalan yang boleh diikuti terutamanya semasa sakit mahupun meneruskannya setelah sembuh. Panduan khusus mengenai penyakit tertentu juga dimuatkan dalam repositori ini bagi panduan semua umat Islam seantero dunia. Tidak ketinggalan kami menjadikan Al-Quran, hadis nabi S.A.W. dan kitab ulamak perubatan Islam sebagai rujukan utama dalam usaha mengeluarkan produk kesihatan melalui Perniagaan Qurna Sdn Bhd - untuk dipasarkan seterusnya digunakan oleh semua pengguna muslim. Tidak kah tenang fikiran jika mengetahui minda dan jiwa dihidangi dengan ubat rohani dan badan pula diberi produk kesihatan dari bahan-bahan yang terdapat di kitab-kitab ulamak Islam - yang suci lagi baik? Anda yang budiman, Repositori ini boleh anda manfaatkan dalam berbagai cara:
Jika anda masih memerlukan maklumat lanjut dan ada pertanyaan khusus - anda boleh menyertai forum yang dimoderate oleh Ustaz Haji Abdul Jamil Ahmad. Serta anda boleh dapat Jadual Aktiviti Ustaz Haji Abdul Jamil dan boleh menyertai sesi perubatan yang diadakan diseluroh negara.
Anda juga boleh membeli terus produk kesihatan dari Perniagaan Qurba Sdn Bhd secara online. Repositori Penyembuhan Ahlus Syifa' mengalu-alukan anda yang sedang sakit mahupun yang menjaga sanak-saudara yang sedang sakit untuk menjadi AHLI. Anda cuma perlu mendaftar diri secara online dan menikmati kemudahan yang disediakan. Kami menggalakkan juga anda menulis dalam Jurnal - pengalaman anda untuk dikongsi bersama ahli-ahli yang lain. Semoga kita semua dapat bantu-membantu diantara kita sambil mengeratkan lagi ukhwah diantara kita.
|